Pusat Sumber Sekolah era Revolusi 4.0

Thursday 5 July 2018
Posted by PSS@SMKST
Pusat Sumber Sekolah ialah pusat perkhidmatan akses maklumat yang mengandungi pelbagai sumber cetak dan bukan cetak, elektronik dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik untuk memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.

Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan penting dalam mempelbagaikan sumber dan keperluan masa kini yang bersesuaian dengan perubahan teknologi.

Antara inisiatif ke arah pembestarian Pusat Sumber Sekolah adalah Sistem Pengurusan PSS secara atas talian, Portal Pusat Sumber Pendidikan dan Program Pengurusan Nilam secara online.

Program NILAM merupakan program besar di bawah pengurusan PSS sekolah ke arah melahirkan pelajar yang dapat merealisasikan penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat.  Selain itu, ianya bertujuan menyediakan pelajar mempunyai fikiran atas tinggi.

Oleh yang demikian, Nilam Tambah Baik yang diperkenalkan kini amat bersesuaian bagi melahirkan pelajar yang mampu menghadapai dunia revolusi 4.0.







Transformasi Nilam

Friday 29 June 2018
Posted by PSS@SMKST
Transformasi Nilam yang dilaksanakan di SMK Seri Tanjong adalah :

1. Menyediakan pelbagai sumber bahan bacaan untuk pelajar samada bercetak atau tidak bercetak

2. Peruntukan masa waktu pdpc bagi program Nilam Tambah Baik.

3. Menyediakan Sumber bacaan secara online - menggunakan site vle frog.

4. Perkhidmatan internet di Makmal Siber Seri - memudahkan pelajar akses maklumat

5. Ruang bacaan di dalam kawasan sekolah.

Era Pendidikan Revolusi Industri 4.0

Sunday 20 May 2018
Posted by PSS@SMKST

Apa itu Revolusi Industri 4.0



           



Revolusi Industri 4.0 adalah berkaitan dengan mesin yang boleh bekerja dan berhubung melalui rangkaian.  Ianya boleh berinteraksi dengan mesin lain dan manusia. Gabungan konsep Big Data, Cloud Computing dan Internet of Things. Perubahan ini telah membina semula cara kita seharusnya bekerja, mengaitkan sesuatu, cara berkomunikasi dan juga cara belajar.

Era Pendidikan Revolusi Industri 4.0

Dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0, semua pihak perlu meningkatkan kemahiran di mana komputer dan internet adalah segala-galanya, penguasaan dalam teknologi digital. Semua ini perlu bermula dari sistem pendidikan di mana, pelajar perlu didedahkan dengan penggunaan komputer dan internet. Kemenjadian pelajar kini perlu seiring dengan perkembangan teknologi. Konsep pembelajaran alam maya, penggunaan internet yang menyeluruh.

Sistem pendidikan kini juga telah menuju ke arah itu dengan memperkenalkan konsep e-pembelajaran dengan penggunaan Vle Frog, penggunaan Cloud Computing menggantikan storan yang lama, serta mendapatkan maklumat hanya di hujung jari.


Pelbagai kaedah dalam sistem pendidikan telah diperkenalkan bagi menyokong persediaan dunia kea rah revolusi 4.0. Semua pihak perlu peka dan mempunyai kemahiran digital bagi menghadapi perubahan ini . Perubahan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran perlu sama-sama praktikkan bagi melahirkan lebih ramai professional yang mahir dan cemerlang bagi mendepani perubahan pesat penggunaan teknologi dan sistem atas talian.

Pendekatan Pembelajaran  Abad ke 21 sebenarnya amat bersesuaian dalam melahirkan generasi dalam revolusi 4.0. mereka perlu mahir dalam literasi digital yang mana dapat mengakses pelbagai maklumat melalui pelbagai bentuk medium teknologi.
Oleh yang demikian, era pendidikan kini yang telah mula melangkah ke arah merealisasikan kehidupan revolusi 4.0 perlu dipraktikkan oleh semua pihak dalam pendidikan di Malaysia.  Pihak sekolah terutamanya perlu terus bersedia menghadapi perubahan, agar manusia tidak dihanyutkan oleh arus perubahan teknologi kini.

Selamat Datang Ke Blog

Video Pelancaran Nilam

Statistik

Post Terkini

Mutiara Kata

- Copyright © Transformasi Nilam Dalam Era Pendidikan Revolusi Industri 4.0 -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -