PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah merupakan sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan secara sistematik. PSS SMK Seri Tanjong berusaha menyediakan maklumat dan perkhidmatan serta peluang bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penubuhannya adalah bertujuan ke arah pembentukan masyarakat sekolah yang berbudaya maju, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat Sumber SMKST telah dibina secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan dan keperluan sekolah. Ia juga dibina atas kesedaran bahawa perlunya sebuah tempat untuk pelajar dan guru mendapat pelbagai kemudahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Pada asalnya PSS SMKST hanya terdiri daripada perpustakaan, bilik tayang dan bilik BBM. Seterusnya ditambah pula dengan Studio Seri, Bilik SAL/PAK dan Bilik Warisan. Perkembangannya bertambah pesat semenjak tahun 2006. Beberapa unit PSS telah diwujudkan iaitu Maktabah Darul Hikmah, Bilik Zaaba, Galeri Seni, Bilik Wawasan, Anjung Lestari, Bilik Aspirasi PSK, Bilik Warisan Seri, Bilik BUMI, Bilik Profesional Rahman Mat, Bilik PPSMI, Bilik Media Pembelajaran Intergrasi dan Bilik Bitara Hj Ismail Saleh. Pusat Sumber SMK Seri Tanjong juga menyediakan ruang P & P terbuka. Oleh itu pihak sekolah telah mewujudkan Edu Café dan Dataran Seri NILAM.
Perkembangan dan ledakan ICT yang berlaku di seluruh dunia juga telah mendorong pihak sekolah memperkasakan projek ICT. Makmal Siber Seri 3 merupakan nadi ICT sekolah. Makmal ini dibiayai sepenuhnya oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Tanjong. Projek ini bermula pada tahun 2000 dan kekal dengan beberapa penambahbaikan sehingga kini. Penggunaan internet dengan dua talian iaitu schoolnet dan streamyx telah membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) dan juga wireless telah meliputi hampir 65% kawasan sekolah. Makmal Siber Seri 1, 2, 4 dan 5 juga telah diwujudkan bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan penggunaan ICT di sekolah ini.
Selain daripada bilik-bilik khas persekitaran sekolah juga merupakan sumber informasi kepada warga sekolah. Pondok-pondok bacaan, Anjung Seri dan Hentian Ilmu juga disediakan untuk pelajar dan guru membaca sambil bersantai. Papan-papan kenyataan berilmu juga diwujudkan di sekitar kawasan sekolah terutama tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pelajar seperti di Edu Café, Bilik Kaunseling, Laluan-laluan Ilmu, Makmal Sains, Bilik Pendidikan Khas dan persekitaran sekolah. Ini menunjukkan bahawa Pusat Sumber SMK Seri Tanjong berada di mana-mana di persekitaran sekolah dan pelajar serta guru boleh menggunakannya untuk menimba ilmu dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau informal
LOKASI
Perpustakaan SMKST terletak di blok M. Ia terletak di antara Bilik Ilmu Seri dan Kelas PPU Sains Sukan
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
OBJEKTIF
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat
MOTTO PSS
Pusat Sumber Sekolah Ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu
PIAGAM
i. Memastikan setiap murid dapat peluang meminjam dan membuat rujukan di PSS dengan selesa dan sama rata.
ii. Membina semangat kerja berpasukan di kalangan AJK dan Pustakawan bagi melancarkan perjalanan urusan PSS.
iii. Sentiasa memeri layanan yang mesra kepada setiap penggunaan tanpa mengira status.
iv. Sedia menerima segala teguran dan cadangan bagi meningkatkan mutu pengurusan.