PENGENALAN
Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca
ialah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk membina tabiat membaca di kalangan murid.
Program ini merupakan penggabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang pernah
dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan
yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi
penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang
tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif
sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di
Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditugaskan
untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun
Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau
Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya
pada 1998, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998:
Program Membina Tabiat Membaca bertarikh
22 Mei 1998.
•menyediakan murid Malaysia untuk menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan menilai melalui aktiviti pengayaan.
•menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum.
•menggalakkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/ pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.